Page 116 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 116
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan amalan rajin dalam
hidup berjiran.
• Apakah kepentingan apabila kita rajin membantu jiran
menyiram pokok bunga mereka?
• Apakah kepentingan apabila kita rajin membersihkan taman
permainan dalam kawasan kejiranan?
2. Penerangan / justifikasi kepada sesi soal jawab.
• Apabila kita rajin membantu jiran untuk menyiram pokok bunga
mereka, bunga tersebut akan menjadi mekar dan dapat
menceriakan kawasan perumahan kita.
• Apabila kita rajin membersihkan taman permainan dalam
kawasan kejiranan, semua anak-anak kecil jiran dapat bermain
di taman permainan tersebut tanpa risau dengan ancaman
haiwan liar seperti ular berbisa.
3. Penekanan terhadap pentingnya mengamalkan sikap rajin dalam hidup
berjiran.
• Cuba bayangkan sekiranya kamu malas untuk membantu jiran
menyiram pokok bunga sedangkan kamu tahu jiran kamu sudah
berusia dan tidak dapat bergerak aktif untuk menyiram pokok
bunganya. Pastinya pokok bunga tersebut akan menjadi layu.
• Cuba bayangkan sekiranya kamu malas untuk membantu
membersihkan taman permainan di kawasan kejiranan dan
membiarkan sahaja rumput dan lalang tumbuh subur. Pastinya
anak-anak kecil jiran tidak dapat menggunakan kemudahan
taman permainan untuk bermain dan beriadah.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 3.
116

