Page 179 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 179

Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

                       1.  Berbincang  dengan murid  tentang  kepentingan amalan  toleransi  dalam

                          hidup berjiran.
                                 •  Sama  seperti  nilai  yang  lain,  setiap amalan  nilai  dalam  hidup

                                     berjiran akan memberikan kepentingan, kebaikan dan manfaat
                                     kepada diri kita dan jiran.
                                 •  Berbalik semula kepada situasi tidur kamu terganggu apabila

                                     penduduk bersorak meriah di padang tepi rumah, sebenarnya
                                     ada  kepentingan  yang  kamu  perolehi  apabila  kamu  cuba

                                     bertoleransi dengan situasi tersebut.  Cuba  nyatakan  apakah
                                     kepentingan tersebut.


                       2.  Justifikasi / penerangan terhadap sesi soal jawab:
                                 •  Yakinlah bahawa setiap amalan nilai yang kita lakukan akan ada

                                     kebaikannya. Mungkin untuk jangka masa pendek, iaitu amalan
                                     kita terus dibalas oleh jiran. Mungkin juga untuk jangka masa
                                     panjang,  iaitu  apabila  kita  pula  dalam  kesusahan,  jiran  akan

                                     menghulurkan bantuan kepada kita.
                                 •  Kepentingan  amalan  toleransi  dalam  situasi  tersebut  ialah

                                     dapat  menjaga  hubungan  baik  dengan  jiran-jiran  kita.  Di
                                     samping itu, kita dapat beriadah sambil melihat pertandingan
                                     bola sepak.


                       3.  Murid menjawab Latihan Pentaksiran 3.






























                                                                                                      179
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184