Page 174 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 174

Pembelajaran 2

                 Nilai            Toleransi

                 Standard         14.0 Amalan Toleransi dalam Hidup Berjiran.
                 Kandungan

                 Standard         14.2 Menghuraikan cara memupuk amalan toleransi dalam hidup
                 Pembelajaran  berjiran.

                 Objektif         1.  Murid dapat menjelaskan cara memupuk amalan toleransi
                 Pembelajaran         dalam hidup berjiran secara bertulis.

                                  Tahap Penguasaan 2
                 Standard
                 Prestasi         Menerangkan cara memupuk amalan toleransi dalam hidup
                                  berjiran.

                 Jangka masa      30 minit
                 pelaksanaan



               Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

                       1.  Bersoal  jawab  tentang  cara  memupuk  amalan  toleransi  dalam  hidup

                          berjiran.
                                 •  Bayangkan  kawasan  perumahan  kamu  berhampiran  dengan

                                     padang.  Pada  suatu  hari,  pertandingan  bola  sepak  telah
                                     diadakan di padang tersebut. Para penduduk yang hadir meriah
                                     bersorak dan ini telah mengganggu tidur kamu. Bagaimanakah

                                     caranya untuk kamu memupuk amalan toleransi dalam situasi
                                     tersebut?

                                 •  Bayangkan  kamu  mahu  bermain  basikal  di  hadapan  rumah.
                                     Namun  kamu  dapati  jiran  sebelah  telah  meletakkan
                                     kenderaannya       betul-betul    di    hadapan     rumah     kamu.

                                     Bagaimanakah caranya untuk kamu memupuk amalan toleransi
                                     dalam situasi tersebut?


















                                                                                                      174
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179