Page 175 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 175
2. Justifikasi / penerangan berdasarkan sesi soal jawab:
• Pertama sekali, jauhkan daripada berfikir mahu membalas
dendam. Kedua, cuba sertai aktiviti bersorak tersebut.
Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan perasaan stres
kerana dapat meluahkan perasaan dengan suara lantang. Cara
memupuk amalan toleransi dalam situasi tersebut ialah cuba
melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan agar kita faham
perasaan jiran kita.
• Pertama sekali, jauhkan diri daripada terus berbuat negatif
seperti menconteng kereta tersebut atau berteriak meminta
jiran mengubah tempat letak kereta. Kedua, cuba buat aktiviti
lain seperti lompat bintang, lari setempat dan sebagainya.
Sekurang-kurangnya kamu masih lakukan pergerakan walaupun
tidak bermain basikal. Cara memupuk amalan toleransi dalam
situasi tersebut ialah mencari jalan penyelesaian lain atau
aktiviti lain yang boleh dilakukan.
3. Murid menjawab Latihan Pentaksiran 2.
175

