Page 31 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 31

Pembelajaran 1

                 Nilai            Hormat

                 Standard         6.0 Hormati Jiran
                 Kandungan

                 Standard         6.1 Memberikan contoh perlakuan menghormati jiran.
                 Pembelajaran  6.2 Menghuraikan cara menghormati jiran.

                                  1.  Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada
                 Objektif             empat contoh perlakuan menghormati jiran.

                 Pembelajaran  2.  Murid dapat menerangkan cara menghormati jiran
                                      berdasarkan situasi yang diberikan.
                                  Tahap Penguasaan 1

                 Standard         Menyatakan contoh perlakuan menghormati jiran.
                 Prestasi         Tahap Penguasaan 2

                                  Menerangkan cara menghormati jiran.
                 Jangka masa      30 minit
                 pelaksanaan



               Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)


                   1.   Bincangkan maksud hormat.
                          •  Kamus Bahasa Melayu:
                                  i.  Perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada

                                     seseorang.
                                 ii.  Menaruh atau memberi penghargaan terhadap seseorang.

                                 iii.  Sopan santun.
                          •  Maksud hormat daripada DSKP:
                                  i.  Menghargai  dan  memuliakan  seseorang  serta  menghormati

                                     peraturan institusi sosial.


                   2.  Bersoal jawab tentang contoh perlakuan menghormati jiran.
                          •  Situasi  1:  Seorang  anak  kecil  menundukkan  badan  apabila  lalu  di

                              hadapan jirannya yang lebih tua.
                          •  Situasi 2: Kamu terjumpa dengan jiran sewaktu membeli makanan di
                              kedai berhampiran kawasan perumahan.  Kamu  senyum  dengan  jiran

                              tersebut tetapi dia tidak membalas senyuman kamu.




                                                                                                       31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36