Page 69 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 69
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang cabaran yang dihadapi ketika bertindak berani
terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
• Pada pendapat kamu, kalau ada jiran yang menegur perbuatan kamu
membuang sampah merata-rata, apa yang kamu rasa?
• Apa pula pendapat kamu apabila kamu sedang cuba menegur seorang
jiran yang lebih tua daripada kamu, adakah perkara itu mudah
dilakukan?
2. Menyatakan justifikasi atau penerangan tentang cabaran yang dihadapi
ketika bertindak berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama
berdasarkan sesi soal jawab.
• Teguran yang diberikan oleh jiran sebenarnya adalah perkara yang
baik. Maksudnya jiran tersebut berani untuk kesejahteraan bersama.
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa kamu akan rasa sedikit kecil
hati apabila ditegur. Sekiranya kamu mengambil teguran tersebut
secara negatif, kamu berkemungkinan akan membenci jiran yang
menegur kamu. Apabila kamu mempunyai perasaan sedemikian, boleh
jadi kamu pula cuba menyakiti jiran tersebut, contohnya membuang
sampah di halamannya. Itulah salah satu cabaran terhadap jiran yang
berani demi kesejahteraan bersama.
• Cabaran menegur jiran yang lebih tua ialah boleh menyebabkan salah
faham kerana dia mungkin berasa kamu tidak menghormatinya.
Namun begitu, jangan jadikan itu sebagai perkara yang menghalang
kamu untuk berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
3. Murid membuat Latihan Pentaksiran 2.
69

