Page 73 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 73

Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

                   1.   Bersoal jawab tentang kepentingan bersikap berani terhadap jiran demi

                       kesejahteraan bersama.
                          •  Pada  pendapat  kamu,  perlukah  kita  menjadi  seorang  jiran  yang

                              bersikap berani demi kesejahteraan bersama?
                          •  Buat  pilihan,  kamu  memberanikan  diri  untuk  memberikan  pendapat
                              untuk kebaikan bersama atau kamu memilih untuk berdiam diri dan

                              berterusan dalam masalah?


                   2.  Menyatakan  justifikasi  atau  penerangan  tentang  kepentingan  bersikap
                       berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama berdasarkan sesi soal
                       jawab.

                          •  Tiada  ganjaran  secara  fizikal  yang  diperoleh  apabila  kita  menjadi
                              seorang  jiran  yang  bersikap  berani  terhadap  jiran  demi

                              kesejahteraan bersama namun sekiranya kita mempunyai kemampuan
                              dan peluang untuk bersikap berani, itu adalah pilihan yang lebih tepat
                              sebagai seorang murid atau jiran yang bermoral.

                          •  Lebih baik menjadi seorang jiran yang berani memberikan pendapat
                              untuk  kebaikan  bersama.  Contohnya,  kamu  tahu  tentang  masalah

                              banjir  di  kawasan  perumahan  kamu  adalah  disebabkan  sistem
                              pembungan  sampah  yang  tidak  sistematik.  Kamu  memberikan
                              cadangan  kepada  ketua  kampung  tentang  pengurusan  sampah  yang

                              efisien, iaitu penggunaan tong sampah kitar semula. Ini secara tidak
                              langsung telah membantu menyelesaikan masalah banjir di kawasan

                              perumahan kamu, di samping dapat mewujudkan kawasan perumahan
                              yang bersih dan ceria.


                   3.  Murid membuat Latihan Pentaksiran 3.




















                                                                                                       73
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78