Page 76 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 76
Pembelajaran 4
Nilai Keberanian
Standard 9.0 Berani Terhadap Jiran Demi Kesejahteraan Bersama.
Kandungan
Standard 9.4 Mengekpresikan perasaan berkaitan dengan sikap berani
Pembelajaran terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
1. Murid dapat mempamerkan perasaan positif apabila
Objektif
Pembelajaran melakukan tindakan berani terhadap jiran demi
kesejahteraan bersama.
Tahap Penguasaan 4
Standard Mengenal pasti dan mempamerkan perasaan berkaitan dengan
Prestasi
sikap berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
Jangka masa
pelaksanaan 30 minit
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Dalam aspek mempamerkan perasaan, perlu difahami bahawa murid
seharusnya menunjukkan perasaan positif apabila melakukan tindakan
berani terhadap jiran demi kesejahteraan bersama.
• Contohnya, murid menunjukkan perasaan bangga kerana dapat
membantu apabila melaporkan kepada guru dan ibu bapa jiran selepas
ternampak murid / anak mereka ponteng sekolah dan melepak di kafe
siber.
• Contoh kedua, murid menunjukkan perasaan gembira apabila dapat
menyuarakan aduan kepada pihak bertanggungjawab tentang lubang
jalan raya di kawasan perumahan.
2. Ibu bapa perlu faham bahawa pameran perasaan ini sebenarnya berlaku
secara di luar keadaan sedar murid ataupun secara spontan.
3. Murid membuat Latihan Pentaksiran 4.
76

