Page 79 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 79
Pembelajaran 5
Nilai Keberanian
Standard 9.0 Berani Terhadap Jiran Demi Kesejahteraan Bersama.
Kandungan
Standard 9.5 Mengamalkan sikap berani terhadap jiran demi
Pembelajaran kesejahteraan bersama.
1. Murid dapat membuat penilaian kendiri selepas
Objektif melaksanakan sikap berani terhadap jiran demi
Pembelajaran kesejahteraan bersama dalam kehidupan seharian secara
bertulis.
Tahap Penguasaan 5
Menghayati dan melaksanakan sikap berani terhadap jiran demi
Standard kesejahteraan bersama dalam kehidupan harian.
Prestasi Tahap Penguasaan 6
Menghayati dan mengamalkan sikap berani terhadap jiran demi
kesejahteraan bersama secara tekal serta boleh dicontohi.
Jangka masa
pelaksanaan 30 minit
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Murid akan membuat Latihan Pentaksiran 5 ialah sebuah penilaian kendiri
tentang pelaksanaan sikap berani terhadap jiran demi kesejahteraan
bersama dalam kehidupan harian.
2. Penilaian kendiri bermaksud murid menilai atau menguji diri mereka sendiri.
Penilaian ini menuntut kejujuran daripada murid agar menilai diri mereka
dengan penuh bertanggungjawab.
3. Ibu bapa diharapkan dapat memantau pengisian penilaian kendiri tersebut
agar murid sedar bahawa mereka perlu mengisi penilaian tersebut dengan
jujur.
4. Sekiranya apa yang disenaraikan dalam borang penilaian kendiri tersebut
tidak berlaku pada anak anda, ibu bapa boleh mengisi sendiri apa-apa
tindakan berani anak demi kesejahteraan bersama dalam jadual kosong yang
telah disediakan.
79

