Page 84 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 84
Pembelajaran 1
Nilai Kejujuran
Standard 10.0 Amalan Jujur dalam Hidup Berjiran.
Kandungan
Standard 10.1 Menyenaraikan ciri kejujuran.
Pembelajaran
Objektif 1. Murid dapat menyenaraikan ciri-ciri kejujuran secara
Pembelajaran bertulis.
Standard Tahap Penguasaan 1
Prestasi Menyatakan ciri kejujuran.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud kejujuran.
• Kamus Bahasa Melayu:
i. Lurus hati.
ii. Tulus.
iii. Ikhlas.
iv. Boleh dipercayai.
• Maksud kejujuran daripada DSKP:
i. Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.
2. Bersoal jawab tentang ciri-ciri orang yang jujur. Sila rujuk buku teks
Pendidikan Moral Tahun 4, pada halaman 83 untuk sesi soal jawab kali ini.
• Apa yang kamu nampak dalam gambar ini? Cuba ceritakan apa yang
kamu nampak dan faham daripada gambar tersebut.
• Apakah sikap yang kamu boleh senaraikan tentang si perempuan yang
berbaju merah muda ini?
84

