Page 12 - 1001 A+ Bank Soalan Penulisan Tahun 4
P. 12
Bahagian B
Menulis Ulasan
1. Soalan Bahagian B ialah soalan Menulis Ulasan. Murid diminta menulis ulasan
berdasarkan bahan rangsangan, iaitu berbentuk grafik atau bukan grafik.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
2. Bahan rangsangan berbentuk grafik adalah seperti gambar bersiri, gambar tunggal,
carta, iklan, poster, peta pemikiran atau peta minda. Manakala, bahan rangsangan
berbentuk bukan grafik pula adalah seperti petikan cerita, dialog, surat, rencana,
ucapan, laporan dan sebagainya.
3. Pada bahagian ini, murid diminta menulis ulasan dengan memberikan pendapat,
pandangan atau rumusan yang bertepatan serta releven berdasarkan bahan
rangsangan yang diberikan.
4. Ulasan hendaklah ditulis dalam perenggan. Panjang ulasan hendaklah antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Contoh Bahan Rangsangan Berbentuk Grafik
Aras 4 Makan sedikit sahaja
Aras 3 Makan dengan sederhana
(1 hingga 2 sajian)
Aras 2 Makan lebih banyak
(sekurang-kurangnya 5 sajian)
Aras 1 Makan paling banyak
(8 hingga 12 sajian)
30

