Page 13 - 1001 A+ Bank Soalan Penulisan Tahun 4
P. 13

Contoh Bahan Rangsangan Berbentuk Bukan Grafik



                 Baca petikan dan cari nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan. Tulis ulasan
                 kamu dalam bentuk perenggan.
                 Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


                      Setiap hari, Aina akan bangun awal. Setelah menyiapkan diri, Aina akan
                 ke  dapur  membantu  ibunya  menyediakan  sarapan.  Aina  dan  keluarganya  akan
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                 bersarapan bersama-sama.
                      Sebelum  pergi  ke  sekolah, Aina  akan  bersalaman  dengan  ayah dan  ibunya.
                 Dia juga bersalaman dengan abang dan kakaknya. Sementara menunggu van,
                 Aina  membaca  buku. Tiba  di sekolah,  Aina  terus  masuk  ke dalam  kelas. Dia  akan
                 membersihkan kelas dan menyusun meja. Dia sentiasa memastikan kelasnya bersih
                 dan ceria.




                Panduan Menjawab



              1.  Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.

              2.  Garis kata kunci yang terdapat dalam arahan soalan, sama ada dikehendaki mengulas
                   cara-cara, faedah-faedah, kebaikan-kebaikan, situasi, aktiviti dan sebagainya.
              3.  Berikut merupakan contoh arahan soalan.


                     Gambar di bawah menunjukkan piramid makanan.
                     Tulis ulasan tentang piramid makanan tersebut dalam bentuk perenggan.


                                        Kata kunci

                     Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.



                Kriteria Pemarkahan



                        Peringkat/ Markah                                  Penerangan

                  Cemerlang (13 –15 markah)          ✎  Idea menepati bahan rangsangan/ tugasan.
                                                     ✎  Ulasan idea sangat jelas, tersusun dan menarik.
                                                     ✎  Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan
                                                         bahan rangsangan/ tugasan.
                                                     ✎  Kosa kata yang luas dan sesuai.
                                                     ✎  Tiada kesalahan ejaan dan penggunaan tanda
                                                         baca yang betul.






                                                                                                           31
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18