Page 17 - 1001 A+ Bank Soalan Penulisan Tahun 4
P. 17
7 Waspada Selalu
Tema: Keselamatan
Keselamatan diri haruslah dijaga walau di mana-mana sahaja kita berada supaya sebarang
bahaya atau kecelakaan dapat dielakkan.
Berdasarkan petikan di bawah, tulis ulasan tentang cara-cara menjaga keselamatan diri
©PAN ASIA PUBLICATIONS
dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Setiap pagi, Zaki dan adiknya berjalan kaki untuk ke sekolah.
Jarak di antara rumah Zaki dengan sekolah hanya 500 meter sahaja.
Sebelum pergi ke sekolah, Zaki dan adiknya bersarapan terlebih
dahulu. Setelah bersalaman dengan ayah dan ibu, barulah mereka
pergi ke sekolah.
Ketika hendak melintas jalan, Zaki memandang ke kiri dan
ke kanan terlebih dahulu. Dia memimpin tangan adiknya agar tidak
berlaku kemalangan. Zaki dan adiknya melintas jalan menggunakan
lintasan belang yang disediakan. Oleh itu, mereka dapat melintas
dengan selamat.
Setelah sampai di sekolah, Zaki berhati-hati sewaktu menaiki
tangga. Dia melarang adiknya berlari semasa menaiki tangga supaya
tidak terjatuh. Dia juga tidak bertolak-tolakan semasa menaiki atau
menuruni tangga. Semasa berada di dalam kelas, Zaki tidak membuat
bising supaya tidak mengganggu rakan-rakan sekelasnya yang lain.
Dia tekun belajar dan rajin mengulang kaji pelajaran.
39

