Page 58 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 58

“…..kajian-kajian  berkenaan  dengan  keberkesanan  guru  menyatakan  bahawa  guru
               merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada murid-murid dapat belajar membaca
               dengan berjaya atau tidak”……
               Jadi, kebolehan membaca di peringkat sekolah rendah ialah refleksi daripada kejayaan guru-
               guru pada peringkat tahun satu dalam menyampaikan kemahiran asas 3M.
                       Pendidikan  guru  merupakan  punca  utama  yang  membolehkan  seseorang  pendidik
               menyampaikan pengajarannya dengan penuh keyakinan. Perkara ini secara tidak langsung akan
               membawa  kejayaan  dalam  kalangan  anak  didik  mereka.  Guru-guru  harus  meningkatkan
               kelulusan akademik dan yang lebih utama meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab
               agar mereka sedia berkorban.
                       Kajian ini ingin mengemukakan cadangan-cadangan kepada Kementerian Pendidikan
               Malaysia dan organisasi yang terlibat supaya pendidikan pada peringkat tahun satu iaitu bahasa
               Cina dalam sekolah rendah aliran cina diberi perhatian. Perhatian yang lebih komprehensif
               harus diberikan dalam menyedarkan mereka akan kepentingan Bahasa Cina sekarang dalam
               cabaran dunia Pendidikan.
                       Murid Bumiputera yang belajar di SJK(C) biasanya menghadapi sedikit masalah dalam
               pembelajaran yang berkali ganda berbanding belajar di SK. Untuk membolehkan Bumiputera
               memahami dan menguasai Bahasa Cina dengan cepat dan efektif, maka para guru terpaksa
               menggunakan  Bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pengantar  dalam  pengajaran  sekaligus
               mengakibatkan penurunan prestasi pendidikan dan pembelajaran Bahasa Cina.

                                                   TUJUAN KAJIAN

                       Memandangkan kini belum terdapat sebarang kajian tempatan untuk melihat kesediaan
               guru Linus Bahasa Cina dalam mengajar murid yang menghadapi masalah bacaan, maka kajian
               ini dijalankan sebagai perintis untuk 20 orang murid tahun 1 di Sekolah jenis Kebangsaan Cina
               Daerah Sibu pada pertengahan tahun 2017 bertujuan memberikan kesedaran kepada guru-guru
               tahun satu akan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menerapkan kemahiran bacaan bahasa
               cina dalam kalangan murid tahun satu terutamanya bumiputra. Bermula dari itu, sekolah Cina
               kian mendapat  tempat  di  hati pelajar dan ibu  bapa kerana kelebihan bahasa Mandarin dan
               Inggeris yang bakal dikuasai oleh pelajar Melayu. Kedua-dua bahasa itu merupakan bahasa
               utama global yang diguna pakai hari ini dan merupakan antara aset penting yang wajib untuk
               dikuasai.
                          Tidak cukup dengan itu, cara kemasukan dan pengambilan murid ke sekolah Cina juga
               terlalu mudah memandangkan bilangan penubuhannya yang banyak iaitu kira-kira 1,200 buah
               sekolah  di  seluruh  negara  sehingga  kini. Secara  psikologinya,  apabila  murid  Bumiputra
               menjadi  bilangan  yang  minoriti  di  sekolah  tersebut  secara  tidak  langsung  telah  berupaya
               memotivasikan mereka untuk sentiasa terus bersemangat dan bersaing bersama murid Cina
               yang lain bagi menjadikan mereka duduk sama rendah, berdiri sama tinggi bersama dengan
               rakan cina yang lain. Hal ini sangat membantu meningkatkan prestasi yang cemerlang serta
               mencatatkan keputusan yang sangat membanggakan.

                                                  OBJEKTIF KAJIAN

               Objektif kajian ini adalah untuk:

               Mengkaji sama ada terdapat peningkatan kemahiran membaca perkataan dalam ujian pasca Bahasa
               Cina setelah menggunakan Modul Bacaan Bergred Bahasa Cina.





                                                            49
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63