Page 56 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 56

telah menjadi penghalang kepada kejayaan pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas.
               Antaranya ialah faktor kelemahan guru yang tidak berkemahiran dalam menggunakan teknik-
               teknik pengajaran yang memberangsangkan. Selain itu, pengajaran berpusatkan guru sedikit
               sebanyak  menjejaskan  pembelajaran  murid.  Pengajaran  berpusatkan  guru  ini  banyak
               bergantung  kepada  buku  teks.  Kebergantungan  terhadap  buku  teks  ini  kadangkala
               menyebabkan sesi pembelajaran dan pengajaran berjalan dalam suasana yang hambar dan tidak
               menarik.
                       Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, KPM (2003),
               bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman,
               tingkah  laku,  amalan,  bakat  dan  kebolehan.  Murid-murid  yang  menghadapi  kesulitan
               pembelajaran ialah mereka yang mengalami sekatan persekitaran yang menyebabkan mereka
               tidak boleh membandingkan atau mengaitkan objek-objek apabila mula masuk ke sekolah.
                       Di  samping  itu,  terdapat  murid-murid  yang  menghadapi  kesukaran  membaca,
               kesukaran mengekalkan ingatan, mengingati maklumat itu semula, dan mudah lupa. Selain
               faktor murid, guru dan logistik, faktor bahan bacaan boleh juga menjadi masalah dalam bidang
               bacaan.  Contohnya,  daripada  sudut  penyediaan  bahan  bacaan  itu  sendiri,  misalnya  aspek
               perbendaharaan  kata,  isi,  struktur  cerita,  penggunaan  dan  organisasi  bahan  grafik.  Untuk
               mengatasi masalah dalam bidang bacaan, terdapat pelbagai cara digunakan, antaranya memilih
               bahan bacaan dengan mengambil kira tahap kebolehbacaan bahan dan tahap bacaan yang direka
               oleh guru sendiri.   Melalui pemerhatian di dalam kelas, punca murid tidak dapat menguasai
               kemahiran membaca adalah kerana aras pembelajaran dan pengajaran yang terlalu tinggi serta
               objektif pembelajaran dan pengajaran yang sukar dicapai berbanding dengan kebolehan murid
               Linus ini. Para pendidik pula lebih berminat untuk mencuba kaedah mudah dan cepat supaya
               sukatan pelajaran dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan (Mohd. Arif Ismail, 2001).
                       Dalam  pada  itu,  faktor  bahasa  ibunda  turut  menyumbang  terhadap  kegagalan
               penguasaan  kemahiran  membaca  dalam  kalangan  murid  Linus  ini.  Keluarga  yang  hanya
               berkomunikasi  dalam  bahasa  ibunda  mereka  tidak  akan  mengembangkan  penguasaan
               kemahiran membaca dalam bahasa Cina. Contohnya, murid Iban yang hanya bertutur bahasa
               ibunda atau bahasa melayu di rumah. Golongan ini susah untuk dipulihkan dalam masa yang
               singkat  kerana  mereka  tidak  tahu  apa-apa  yang  dibaca  oleh  mereka  apatah  lagi  untuk
               memahami  kosa-kosa  kata  Bahasa  Cina  tersebut.  Komunikasi  dalam  bahasa  yang  ingin
               dikuasai  kemahiran  membacanya  akan  menjadi  lebih  mudah  jika  keluarga  tersebut  juga
               berkomunikasi dalam bahasa yang berkenaan. Oleh itu, keluarga memainkan peranan yang
               amat penting dalam mendorong anak-anak untuk berusaha menguasai kemahiran membaca.
               Mereka  harus  dikeluarkan  daripada  kepompong  Linus  ini.  Ibu  bapa  tidak  seharusnya
               meletakkan tugas ini di bahu para guru semata-mata, sebaliknya membantu meleraikan masalah
               ini (Othman Md. Johan & Nora Mislan, 2007).
                       Antara masalah lain yang dikenal pasti ialah sikap pentadbir iaitu ketidaksungguhan guru
               besar  untuk  mengatasi  masalah  murid  pemulihan.  Guru  besar  tidak  menunjukkan  minat
               terhadap kelas pemulihan yang diwujudkan di sekolah. Sikap guru besar ini lebih ketara apabila
               tidak menitikberatkan kemudahan asas seperti perabot yang diperlukan oleh kelas pemulihan.
               Malah,  guru  pemulihan  kadangkala  diarahkan  menutup  kelas  pemulihan  buat  sementara
               semata-mata diarahkan menggantikan guru yang tidak hadir akibat cuti sakit atau cuti bersalin.
               Natijahnya,  ia  menjejaskan  perancangan  guru  pemulihan  yang  mahu  memastikan  murid-
               muridnya menguasai kemahiran asas membaca.
                       Berpegang kepada prinsip pemulihan seawal mungkin, pendidik harus berusaha untuk
               membantu dan memulihkan murid Linus supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca
               melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan kerana menurut Yahya Othman (2004), membaca
               merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Penyataan ini menyedarkan
               kita bahawa walaupun masalah menguasai kemahiran membaca tidak menonjol, tetapi lama-


                                                            47
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61