Page 54 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 54

Keberkesanan Penggunaan Modul Pembacaan Bergred Linus BC Di
                             Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Sibu

                                                  Ling Song Kai, PhD
                                                   SJK Nang Sang, Sibu
                                                lingsongkai@hotmail.com

                                                         Abstrak

               Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan Penggunaan Modul Bacaan Bahasa Cina
               terhadap murid Linus Tahun 1. Kajian ini melibatkan seramai dua puluh orang murid Linus
               dari  sebuah  sekolah  rendah  di  daerah  Sibu,  Sarawak.  Dalam  Kajian  ini,  Modul  Bacaan
               Bergred  memberi  tumpuan  terhadap  aspek-aspek  kemahiran  membaca  Bahasa  Cina  yang
               melibatkan 22 tajuk masing-masing. Data dikumpul dan diukur melalui ujian pra, ujian pos,
               dan  ujian-ujian  sesi  pembelajaran  (rawatan).  Data  dianalisis  secara  diskriptif  dengan
               menggunakan peratusan. Kajian ini melibat perbezaan pencapaian responden dalam ujian pos
               berbanding ujian pra. Kaedah pemerhatian terhadap responden murid dan temu bual terhadap
               responden guru merupakan data kualitatif untuk melihat kesesuaian dan minat murid Linus
               terhadap penggunaan Modul Bacaan Bergred sebagai bahan pembelajaran alternatif untuk
               menguasai kemahiran membaca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul Bacaan Bab
               Bahasa Cina berjaya dijadikan sebagai bahan pembelajaran bacaan awal khususnya untuk
               murid-murid Linus  yang belum menguasai kemahiran  membaca dengan  baik. Penggunaan
               Modul ini dapat memenuhi keperluan sumber literasi untuk murid-murid di peringkat bacaan
               awal  dengan  mengambilkira  ciri-ciri  perkembangan  pemikiran  dan  pembelajaran  murid-
               murid Linus dan alam persekitaran mereka.


                                                   PENDAHULUAN

                       Menurut  Malaysia  Education  Blueprint  2012-2025  (Malaysia  Education  Blueprint
               2012-2025, 2011), jumlah murid kita yang berada di bawah penilaian minimum TIMMS dalam
               kemahiran membaca adalah lebih dua kali ganda berbanding negara-negara OECD. Literasi
               meletakkan asas untuk pembelajaran dalam pendidikan rendah dan tahap seterusnya Membaca
               seharusnya menjadi rutin dan amalan dalam kehidupan manusia. Kejayaan dan kecemerlangan
               sesebuah bangsa dan negara banyak dikaitkan dengan budaya membaca rakyatnya. Majunya
               negara  kerana  majunya  rakyat  dengan  budaya  membaca.  Penguasaan  yang  baik  di  bidang
               bacaan  dapat  memacu  keupayaan  untuk  meneroka  alam  ilmu  pengetahuan  yang  tiada
               penghujungnya (Tuzana Mohamad, 2014).
                       Selari dengan kemajuan dunia pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
               telah  menyasarkan  semua  murid  berkeupayaan  untuk  menguasai  kemahiran  membaca  dan
               mengira  semasa  di  Tahap  1.  Pelbagai  usaha  telah  dilaksanakan  oleh  pihak  Kementerian
               Pendidikan Malaysia bagi memastikan pencapaian celik huruf dan membaca berjaya dicapai.
               Kementerian Pendidikan Malaysia (1999) telah mengadakan Program Pendidikan Pemulihan
               untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam mata pelajaran
               Bahasa  Melayu  dan  Matematik.  Pendidikan  Pemulihan  diperkukuh  lagi  dalam  sistem
               pendidikan negara apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada tahun
               1982.
                       Pendidikan Pemulihan sudah menjadi satu teras dalam sistem sekolah rendah. Selain
               unsur utama 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira, unsur KBSR juga sendiri diringkaskan




                                                            45
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59