Page 129 - mewarna pelangi
P. 129
BAB 11
Selepas menunaikan solat Asar, aku lalu mengambil keputusan untuk
bersiar-siar di sekitar kawasan hotel penginapan. Di kiri kanan hotel
penginapan terdapat kedai yang menjual barangan antik, restoran dan
gedung membeli-belah. Seorang lelaki tua berbangsa Inggeris kelihatan
sedang duduk di atas salah sebuah bangunan yang terdapat di atas
dada aspal jalan.
Kedua-dua belah matanya juga kuperhatikan tidak berkelip-kelip
melihat kenderaan yang sibuk lalu-lalang. Dari raut wajahnya aku telah
pun dapat membaca bahawa dia sedang memikirkan sesuatu. Entah
mengapa aku begitu tertarik untuk berbual dengannya. Kebetulan pula
tiada orang yang duduk di sebelahnya. Tanpa membuang masa lagi aku
terus menghampiri dirinya.
“Selamat petang,” tegurku.
“Selamat petang,” balas orang tua yang memakai topi serta
berkaca mata bulat itu sambil mendongakkan kepala tinggi sedikit
memandang tepat wajahku. Garis-garis kedut jelas kelihatan pada
129

