Page 127 - mewarna pelangi
P. 127

Alunan  ombak  setia  mengulit  pantai.  Mengubah  segala-galanya.


                   Demikian jugalah dengan hati manusia.




                          Tapi, tidak dengan diri Zarah. Dia seorang wanita yang mepunyai

                   pendirian  yang  tegas.  Prinsip  hidupnya  ialah  dia  tidak  mahu  menjadi


                   manusia  yang  hidup  seperti  lalang.  Hatinya  keras  seperti  batu  pejal.

                   Sukar untuk dilembutkan.




                          Sementara  itu,  Asri  adalah  seorang  manusia  yang  telah  lama


                   merindukan kedamaian.




                          Hidupnya  tak  ubah  seperti  sebuah  pelabuhan  sepi.  Yang

                   merindukan kapal dan bahtera untuk berlabuh.




                          Alangkah bosannya hidup ini! Tanpa seorang insan yang bernama


                   wanita  di  sisi.  Dialah  seorang  lelaki  yang  malang.  Terdampar  dan

                   terbiar,  tak  siapa  yang  peduli  di  kota  kehidupan.  Sampai  bilakah  dia


                   harus  begini?  Merindukan  belaian  kasih  sayang  dan  kemesraan  dari


                   seorang wanita. Rosnani gagal memenuhi cita-citanya.



                          Wajah Asri jelas disapa bungkam.





                                                             127
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132