Page 131 - mewarna pelangi
P. 131
“Awak datang ke sini untuk bercuti?” dia tak henti-henti
menyoalku.
“Tidak, saya sebenarnya menghadiri pertemuan penulis-penulis
dari seluruh Malaysia.”
“Berapa lama?”
“Tiga hari.”
“Oh, begitu!” dia menjawab sambil mengangguk-anggukkan
kepala.
“Berapa usia awak?” tanyanya sambil memandang tepat wajahku.
“29 tahun.”
“Usia muda seperti sehelai daun hijau yang bertaut pada sebatang
ranting. Berbanding dengan saya yang telah tua ini. Tak ubah seperti
sehelai daun kering yang menunggu masa sahaja ditiup angin lalu gugur
menyembah bumi. Sudah ditakdirkan oleh Tuhan bahawa hidup
bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian,” tambah
Encik Michael lagi.
131

