Page 139 - mewarna pelangi
P. 139
“Seronok. Saya dapat berhubung dengan dunia luar secara lebih
dekat lagi. Sebagai penulis, saya harus bertukar-tukar fikiran dan tidak
mengasingkan diri daripada orang lain,” aku sebaliknya menjawab.
“Saya bersetuju sekali dengan teori awak itu, orang muda. Awak
tidak boleh mengasingkan diri dalam batas-batas yang tertentu,”
balasnya pula.
“Bagi saya ia mencerminkan peribadi seseorang. Sejak dari kecil
lagi saya telah diasuh oleh keluarga agar menjadi manusia yang
berakhlak mulia. Dengan mengenali Tuhan dan menghormati yang tua,
menerima perkara yang baik dan membuang perkara yang buruk,” aku
berkata dengan nada yang lancar.
“Benar kata-kata awak, orang muda. Antara Tuhan dengan
manusia memang sukar untuk dipisahkan,” ucapnya lagi.
“Tuhan maha mencipta ke atas umat manusia dan seluruh alam
fana ini.” Tanpa berlengah lagi aku pantas mencelah.
“Manusia hanya mengagungkan Tuhan sahaja, orang muda tetapi
tidak menghampirinya.”
139

