Page 140 - mewarna pelangi
P. 140

Aku amat mengkagumi Encik Michael. Dia begitu arif sekali dalam

                   hal agama. Mungkin dengan didikan keluarganya yang sempurna.





                          Aku  kembali  menyoal  persoalan  yang  terhenti  buat  sementara

                   waktu itu.




                          “Memang tidak dapat dinafikan lagi kata-kata Encik Michael itu.


                   Dunia  ini  hanya  sementara  waktu  sahaja.  Apabila  kita  mati,  maka

                   tinggallah segala-galanya.”




                          Encik Michael lalu menarik nafas panjang dan berkata:


                          “Kita sebagai manusia sememangnya bersifat lemah. Biarpun kita

                   dikurniakan dengan akal serta fikiran. Hingga tidak tahu membezakan


                   yang baik dan yang buruk.”




                          “Itulah  sebabnya  mengapa  Tuhan  menciptakan  syurga  yang

                   penuh dengan nikmat. Manakala neraka pula yang penuh dengan azab


                   yang pedih,” aku menambah.




                          Suasana  begitu  dingin  apabila  berteduh  di  bawah  pohon  yang


                   rendang.  Bak  air  terjun  di  pinggir  kali  rasanya.  Bahang  mentari  yang

                   panas terik hingga boleh mencairkan otak dapat ditepis.







                                                             140
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145