Page 141 - mewarna pelangi
P. 141
“Agama sebenarnya adalah pedoman hidup, orang muda. Tapi
yang sedihnya ada golongan sanggup mempersendakan agama,” kata
Encik Michael lagi.
“Mereka adalah golongan yang jahil, Encik Michael,” aku
sebaliknya menambah.
Encik Michael diam. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Matanya tidak berkelip-kelip walau sedikit pun. Dia kemudiannya
memandang langit biru. Setelah agak lama kemudian, baharulah dia
menoleh semula ke arahku dan bersuara:
“Awak meminati bidang politik dan ekonomi?”
“Minat jugak!” aku mengangguk-anggukkan kepala.
“Kerana gilakan kuasa, manusia di atas muka bumi ini sanggup
berperang. Akhirnya mereka tidak dapat menikmati kemajuan,
kesannya pula terhadap alam sekitar,” balasnya pula.
“Encik Michael nampaknya lebih arif dalam bidang ini. Apakah
cita-cita ulama ahli politik?” ujarku lagi dengan penuh minat.
141

