Page 170 - mewarna pelangi
P. 170

“Aku  harap  kau  akan  menjadikan  kisah  yang  aku  alami  ini

                   sebagai contoh dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang bakal


                   kau tempuhi,” dia bersuara perlahan. Macam lemah dan tak bertenaga.




                          Aku menoleh semula ke arah Kamal. Dan berkata:


                          “Aku  akan  menjadikannya  sebagai  iktibar,  Kamal.  Agar  rumah

                   tangga  yang  bakal  aku  bina  tidak  hanya  seketika  dan  terus  tersisih.”


                   Kamal sebaliknya tersenyum lebar apabila mendengar kata-kataku. Aku

                   hanya  sekadar  memerhatikan  sahaja  tingkahlakunya  itu.  Aku  benar-


                   benar  mengerti  kini.  Kehidupan  dalam  rumah  tangga  penuh  dengan

                   asam garam yang harus dilalui. Pertengkaran suami isteri memang tidak


                   dapat  dielakkan  lagi.  Bak  kata  orang  bumi  mana  yang  tidak  ditimpa

                   hujan. Pinggan mana yang tak retak.




                          “Berapa orang anak kau, Kamal?”




                          Aku  sempat  memandang  cawan  dan  gelas  yang  telah  kosong.


                   Pinggan  yang  tadinya  berisi  dua  ketul  kuih  karipap  kini  hanya  tinggal

                   habuk saja.





                          “Dua  orang.  Sepasang,  maksud  aku  seorang  lelaki  dan  seorang

                   perempuan,” dia menjawab sambil menarik nafas lega.







                                                             170
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175