Page 169 - mewarna pelangi
P. 169

bangunan-bangunan  yang  tinggi  menjulang  hingga  hampir  mencakar

                   langit.  Ia  menjadi  lambang  pembangunan  di  negara  ini.  Setelah


                   mencapai kemerdekaan hampir 48 tahun.




                          Aku menyoroti semula persoalan yang terhenti buat seketika.




                          “Kahwin  ibarat  melayarkan  sebuah  bahtera  di  tengah  lautan.


                   Suami  sebagai  nakhoda  harus  cekap  melambung  ombak  yang  ganas

                   agar tidak mudah tenggelam bila dipukul ribut.” Aku memahami hakikat


                   itu.




                          “Suami  sebagai  nakhoda  harus  cekap  melambung  ombak  yang

                   ganas agar tidak mudah tenggelam bila dipukul ribut.”




                          “Kau tentu arif bukan?” Kamal memberikan sokongan yang kuat.




                          Aku menengadah ke siling. Sambil berfikir sesuatu. Aku sedar.




                          Hidup sebagai suami isteri penuh dengan pelbagai halangan dan


                   rintangan yang mesti ditempuhi.




                          Kamal mematikan lamunanku.







                                                             169
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174