Page 190 - mewarna pelangi
P. 190

“Dan kau juga merasa kecewa kerana cita-cita kau untuk menjadi

                   seorang peguam tidak tercapai, bukan begitu?” Dengan tiba-tiba sahaja


                   pertanyaan itu terkeluar daripada mulut Zarah.




                          “Tidak,  Zarah.  Bagi  aku  amanah  yang  ditinggalkan  oleh  arwah


                   ayah aku mesti ditunaikan.”




                          “Aku  kagum  dengan  semangat  kau,  Johari.  Kau  mesti  buktikan.

                   Walaupun  kau  berkelulusan  dalam  bidang  Undang-undang  tetapi  kau


                   juga    boleh     berjaya     dalam      bidang     perniagaan.”      Zarah     terus

                   menyemarakkan lagi semangat Johari.




                          “Aku  harap  kau  bukan  hanya  sekadar  sumber  inspirasiku.  Kau


                   doakanlah  semoga  aku  berjaya  meletakkan  Syarikat  Permata  Holdings

                   Sdn.  Bhd.  terus  unggul  serta  menjadi  contoh  dalam  dunia  perniagaan


                   orang Melayu.”




                          “Insya-Allah, Johari. Semoga Tuhan akan memberkati usaha kau.

                   Kau  perlu  cekal  dan  tabah  mengharungi  apa  jua  halangan  serta


                   rintangan yang datang sebelum sampai ke puncak.




                          Kata-kata Zarah itu seperti api semangat yang membakar dirinya.

                   Di ruang matanya sudah terbayang wajah arwah ayah dan ibunya.





                                                             190
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195