Page 185 - mewarna pelangi
P. 185

“Tak!” dia menjawab sambil menggeleng-gelengkan kepala.




                          “Kenapa?”




                          “Johari nak membela orang yang tak bersalah.”




                          “Nampaknya  Johari  tak  berminat  untuk  mewarisi  perniagaan


                   abang,” Datin Rokiah tiba-tiba mencelah.




                          “Dia masih kecil lagi, Kiah. Dia belum mengerti apa-apa. Mungkin

                   satu hari nanti dia akan berubah fikiran.” Kata-kata arwah Datuk Karim


                   itu akhirnya terkabul juga.




                          Johari  kini  telah  pun  mengambil  alih  perniagaannya.  Kalau  dia

                   masih hidup tentu di akan berasa bangga. Perniagaannya tidak jatuh ke


                   tangan orang lain. Diwarisi oleh zuriatnya sendiri.




                          Johari melihat jam di tangannya. Tepat menunjukkan pukul 11:30

                   pagi.  Dia  bingkas  bangun  dan  menuju  ke  jendela  kaca.  Dia


                   melemparkan pandangan yang jauh ke arah bangunan-bangunan yang


                   tinggi  mencakar  langit.  Fikirannya  ligat  mencari  ilham  untuk

                   menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh Syarikat Permata








                                                             185
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190