Page 193 - mewarna pelangi
P. 193

“Kau  tahu  bukan  prinsip  hidup  aku  tidak  suka  bermain-main.

                   Setiap  pekerjaan  mesti  dilakukan  dengan  bersungguh-sungguh.”


                   Pelanggan  yang  lain  mengeluarkan  suara  labah.  Tingkah  sudu  dan


                   garpu begitu kuat sekali. Zainal memandang cawan yang kosong. Kain

                   yang  berwarna  merah  hati  meliputi  permukaan  meja  yang  berbentuk


                   empat segi.




                          “Roziah tahu?” soalku pula sambil membetulkan tempat duduk.




                          “Belum!” jawabnya pendek.




                          “Kau tentu arif dengan perangainya.”




                          “Terserahlah  pada  dia  sama  ada  mahu  meneruskan  hubungan

                   ataupun tidak.” Dia hampir-hampir mengalah.




                          “Kau mesti ingat, Zainal. Datuk Baharuddin memerlukan khidmat


                   kau.” Aku mengutip semula kata-kata itu.




                          “Aku memang sayangkan Syarikat Ampangan Holdings Sdn. Bhd.


                   Tapi  aku  kasihan  melihat  nasib  keluarga  dan  nelayan-nelayan  di

                   kampung.”







                                                             193
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198