Page 24 - mewarna pelangi
P. 24

“Saya  bersetuju  dengan  kata-kata  saudara  Azman  itu.  Penyair

                   selalunya      menginsafkan         manusia       melalui      tema      ketuhanan,


                   kemanusiaan dan alam semula jadi,” tingkah Adi.


                          Perbualan  kami  terhenti.  Pelayan  Restoran  Seri  Mutiara  datang

                   membawa makanan dan minuman yang kami pesan.




                          “Silakan,” ujar pelayan yang bermuka bulat macam bujur sirih.




                          “Terima  kasih,”  balas  Adi  sambil  menganggukkan  kepala.


                   Kemudian  pelayan  yang  memakai  baju  berwarna  merah  jambu  dan

                   seluar  putih  itu  pun  pantas  beredar  meninggalkan  kami.  Sebelum


                   makan kami menadah tangan membaca doa yang dipimpin oleh Adi.




                          “Silakan,”  ucap  Adi  sebaik-baik  sahaja  doa  selesai  dibaca.  Kami

                   memilih  makanan  dan  minuman  yang  sama.  Nasi  lemak  dan  air  teh


                   panas.




                          “Saudara Adi selalu datang ke Port Dickson?” soal Khairul sambil

                   menyuap nasi lemak ke mulut.





                          “Jarang,” jawabnya pendek sambil menghirup air teh yang masih

                   panas.







                                                             24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29