Page 25 - mewarna pelangi
P. 25

“Saudara  Azman  selalu  menghadiri  pertemuan  penulis-penulis

                   seluruh tanah air?” tanya Khairul bertubi-tubi kali.





                          “Selalu  jugak.  Bagi  saya  peluang  sebegini  rugi  besar  kalau

                   dilepaskan. Kita boleh bertukar-tukar pendapat dan memperbaiki mutu


                   penulisan,” kataku sambil menghabiskan saki baki nasi lemak.




                          “Betul kata saudara Azman tu. Penulis bukan sahaja perlu banyak

                   membaca.  Tetapi  dia  juga  boleh  mengasingkan  diri  kalau  dia  mahu


                   membentuk pemikiran yang tajam,” sampuk Adi.




                          “Menarik,”  kata  Khairul  sambil  menghabiskan  air  teh.  Melalui

                   jendela kaca matahari kelihatan masih lagi bersinar indah. Tiada tanda-


                   tanda  hujan  akan  turun.  Kesejukan  alat  penghawa  dingin  mengepung

                   seluruh ruang restoran.




                          Lagu  berirama  sentimental  yang  berkumandang  sungguh


                   mengasyikkan         jiwa.     Sebuah       lukisan      yang      menggambarkan

                   pemandangan air terjun di pinggir kali kelihatan tergantung di dinding.





                          Pelanggan  semakin  ramai  memenuhi  restoran  untuk  bersarapan

                   pagi.







                                                             25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30