Page 73 - mewarna pelangi
P. 73

“Sudahlah,  tu.  Mari  kita  duduk.  Tentu  Saripah  penat  berdiri,”

                   kataku sambil menunjukkan ke arah salah sebuah bangku yang terletak


                   di bawah pohon yang rendang.




                          “Baiklah!” dia mengangguk tanpa membantah.




                          Kami  sama-sama  melabuhkan  punggung  di  atas  bangku  yang


                   diperbuat daripada kayu itu. Pancaran matahari tak terasa terik kerana

                   dilindungi  oleh  pohon  yang  rendang  itu.  Kuamati  wajahnya  dalam-


                   dalam.  Baru  tiga  bulan  aku  berkenalan  dengannya.  Dia  seorang  gadis

                   yang  baik.  Lemah-lembut,  berbudi-bahasa  dan  bersopan-santun.


                   Alangkah  beruntungnya  kalau  Saripah  dapat  menjadi  suri  hidupku.

                   Sudah! Jangan mengelamun. Dia orang yang berada sedangkan aku tak


                   punya apa. Dari kecil hingga dewasa aku dibesarkan dengan kemiskinan

                   dan  tak  pernah  mengenal  erti  kemewahan.  Lamunanku  yang  jauh


                   melayang itu terhenti seketika. Bak rancangan yang tergendala di kaca

                   televisyen.




                          “Selama  setahun  Azman  hidup  di  kota  macam  mana  rasanya?”


                   soal Saripah.














                                                             73
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78