Page 91 - mewarna pelangi
P. 91
oleh mimpi yang indah. Gema cengkerik kian membelah kedinginan
malam.
“Maksiat adalah perbuatan yang ditegah oleh Allah s.w.t. Cara
yang terbaik untuk mengatasinya ialah melalui perkahwinan,” ujar
Ustaz Ghazali. Tapi dewasa ini terdapat juga segelintir kalangan lelaki
dan wanita yang takut hendak berkahwin. Alasannya ialah mereka
hendak enjoy puas-puas dulu. Sedangkan perkara yang baik kalau
dilengahkan boleh mendatangkan jahat.
Oh, Tuhan hindarkan aku daripada perbuatan maksiat. Aku tidak
mahu terlibat dengan dosa. Doaku tak putus-putus, setiap kali selepas
sembahyang. Mataku masih pejal lagi. Kuamati dinding papan itu.
Cahaya bulan yang samar-samar menyusup masuk. Akhirnya antara
sedar dan tidak aku terlelap.
Terasa waktu begitu cepat sekali berlalu. Desa yang tercinta
menyambut kelahiranku terpaksa kutinggalkan. Banjaran gunung yang
subur menghijau, sawah padi yang terbentang luas, ketenangan air
sungai dan pohon nyiur yang melambai-lambai harus dilupakan
seketika. Tugas menantiku di kota untuk terus mencari rezeki. Ibu
membekalkan makanan kegemaranku iaitu rendang ayam sebagai alas
perut dalam perjalanan nanti.
91

