Page 135 - CAHAYA SUCI
P. 135
“Ya, bang! Pertaruhan mereka besar. Kedua-duanya orang kaya.
Pakai kereta mewah. Apa sebenarnya kerja mereka saya tak tahu!”
Rahim memberikan penjelasan kepada Khairil.
“Jadi maknanya wang daripada hasil memenangi perlumbaan
haram selama ini yang telah menyara hidup Im di Kuala Lumpur ni?”
Pertanyaan yang diajukan oleh Khairil kepada Rahim.
“Memang benar, bang. Setiap bulan saya akan pulang ke
kampung untuk menghantar wang kepada keluarga. Dan keluarga saya
taklah lagi hidup susah seperti sebelum ni. Adik-adik saya pun dapat
belanja sekolah.” Jawapan yang diberikan oleh Rahim.
“Ayah dan ibu Im ada tak bertanya dari mana Im dapat wang yang
banyak?” Soalan daripada Khairil yang terus menghujani seorang anak
remaja lelaki yang berasal dari kampung. Yang datang ke Kuala Lumpur
untuk mencari rezeki dan menyara kehidupan keluarga. Tapi malangnya
terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral iaitu merempit.
“Ada, bang! Tapi Im tipu ayah dan ibu. Dengan mengatakan Im
mendapat kerja yang bagus …!” dia bersuara perlahan.
135

