Page 131 - CAHAYA SUCI
P. 131
getah. Untuk membayar hutang judi. Akibatnya ayah hilang pekerjaan,”
tambah Rahim lagi.
“Ayah dan ibu Im ada tanah pusaka?” celahnya sambil tangannya
berhenti menulis dan melihat muka Rahim yang penuh dengan
kesayuan apabila bercerita tentang keluarganya.
“Arwah atuk sebelah mak ada meninggalkan sebidang tanah
pusaka. Tapi dibolot oleh Pak Usu adik mak yang tamakkan harta,”
Rahim membalas.
“Kerana kasihan melihat kesusahan yang ditanggung oleh
keluarga sejak ayah tidak lagi menoreh getah di kebun arwah Pak Majid
maka saya mengambil keputusan untuk mencari kerja di Kuala Lumpur.
Dengan harapan dapat meringankan penderitaan keluarga dan menyara
persekolahan adik-adik saya,” ucap Rahim.
“Im ada abang dan kakak?” Khairil bertanya.
“Im anak sulung, bang!” jawabnya.
“Begitu!” Khairil mengangguk-anggukkan kepala.
131

