Page 133 - CAHAYA SUCI
P. 133
Khairil lalu berhenti daripada menulis apabila mendengar kata-
kata Rahim itu kerana amat berminat untuk mengetahui tentang Abang
Jeffri.
“Apa kaitannya Abang Jeffri dengan kisah Im ini?” dengan pantas
dia mencelah.
“Dialah yang menyebabkan Im terlibat dengan kegiatan merempit,”
jelasnya pada Khairil.
“Menarik!” sambut Khairil dengan mengangguk-anggukkan
kepala.
“Maknanya Abang Jeffri yang Im temui sewaktu minum di
restoran telah membawa Im masuk ke dalam dunia mat rempit?” dia
bertanya.
“Benar, bang!” dia lantas mengangguk-anggukkan kepala bila
menjawab pertanyaan Khairil.
“Waktu tu Im tak berfikir panjang akan bahaya merempit. Sebab
terpedaya dengan janji hadiah wang yang lumayan. Bila menang dalam
133

