Page 171 - CAHAYA SUCI
P. 171

“Awak  dapat  menyiapkan  semua  tugasan  yang  diberi,”  dia

                   menyambung lagi.





                          “Terima kasih, Encik Jonid,” jawab Khairil pula.




                          “Semua ini adalah galakan dan sokongan daripada Encik Jonid.”

                   Dia sebaliknya merendah diri dan tidak merasa bangga. Dengan pujian


                   yang diberikan oleh ketua majikannya itu.




                          “Saya  juga  kagum  dengan  awak.  Dapat  mengubah  Rahim  untuk

                   meninggalkan  kegiatan  merempit.  Sehingga  menjadi  wira  dapat


                   mematahkan  cubaan  rompakan  sepertimana  yang  tersiar  dalam

                   akhbar,” Encik Jonid tak henti-henti memujinya.




                          “Saya hanya cuba untuk mengubah dia saja, Encik Jonid. Semua


                   ini adalah kuasa Tuhan,” ujarnya.




                          “Saya  harap  Rahim  dapat  membawa  kejayaan  apabila  bekerja

                   dengan syarikat ini nanti,” Encik Jonid menambah.





                          “Lagi  satu  saya  nak  beritahu  awak  yang  ahli  jawatankuasa

                   pemilihan  telah  bersetuju  untuk  memberi  Anugerah  Penulis  Puisi

                   Kemerdekaan  kepada  Pelita  bangsa.  Dia  akan  menerima  anugerah  itu



                                                            171
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176