Page 172 - CAHAYA SUCI
P. 172
dalam satu majlis khas. Bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan
negara pada tahun ini,” dia memberitahu Khairil lagi.
“Dia menolak anugerah itu, Encik Jonid,” Khairil membalas.
“Menolak? Kenapa?” Dia berasa amat terperanjat apabila
mendengar apa yang dikatakan oleh Khairil itu.
“Dia beritahu saya yang dia berjuang bukan kerana mahu nama
dan jasanya disanjung dan dijulang. Tapi semata-mata demi tanah air
yang tercinta,” terang Khairil.
“Dia nampaknya seorang yang merendah diri. Saya harap awak
teruslah pujuk dia supaya menerima anugerah ini,” harapnya.
“Insya-Allah, Encik Jonid!” angguk Khairil.
“Saya akan pujuk dia,” dia berjanji pada Encik Jonid.
Ismail menelefon Aina. Dia mengajak keluar makan tengah hari
bersama. Sambil membincangkan hal mereka berdua.
172

