Page 176 - CAHAYA SUCI
P. 176

“Kerana  hendak  sangat  mengejar  keuntungan  dia  sanggup

                   melanggar undang-undang,” dia menambah.





                          “Semoga  apa  yang  terjadi  kepada  mereka  akan  menjadi

                   pengajaran  kepada  yang  lain.  Supaya  tidak  terjebak  dalam  kegiatan


                   yang  menjadi  kesalahan  di  sisi  undang-undang  di  negara  ini,”  Khairil

                   yang selama ini berdiam diri lalu menyampuk.




                          “Memang benar kata Encik Khairil tu!” sokong Inspektor Fauzi.




                          “Apa yang nak saya tekankan di sini adalah sekiranya masyarakat


                   sentiasa  memberi  kerjasama  kepada  polis  maka  kadar  jenayah  yang

                   sentiasa  berlaku  di  negara  ini  akan  turun  dari  semasa  ke  semasa,”


                   nyatanya.




                          “Saya  berasa  amat  bersyukur  kepada  Tuhan.  Kerana  telah

                   menyedarkan  saya.  Kalau  tidak  dah  tentu  saya  akan  menerima  nasib


                   yang sama macam Jeffri,” Rahim berkata.




                          “Baguslah  macam  tu!”  angguk  Inspektor  Fauzi  pula  sebaliknya


                   apabila mendengar kata-kata Rahim itu.








                                                            176
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181