Page 178 - CAHAYA SUCI
P. 178
BAB 34
Pak Rahman tetap dengan keputusannya. Menolak untuk
menerima Anugerah Penulis Puisi Kemerdekaan.
“Apa yang Pak Rahman mahukan untuk melihat tanah air yang
tercinta ini bebas daripada belenggu penjajah telah pun tercapai. Jadi,
anugerah itu tak perlu bagi Pak Rahman,” dia bersuara tenang.
“Pak Rahman layak untuk menerima anugerah itu,” kata Khairil
pula sebaliknya.
“Ahli jawatankuasa pemilihan anugerah telah memilih Pak
Rahman berdasarkan kepada karya-karya yang Pak Rahman hasilkan
membangkitkan rasa semangat yang tinggi terhadap perjuangan
menentang penjajah,” tambahnya lagi.
“Bang …!” Mak Bedah isterinya menyampuk perlahan.
“Terima ajelah anugerah tu. Jangan hampakan harapan orang
yang mahu membalas jasa abang selama ni,” isterinya cuba memujuk.
178

