Page 180 - CAHAYA SUCI
P. 180
“Aku boleh terima semua tu, Aina,” Wardiah membalas.
“Tapi aku risau memikirkan nak bayar balik pinjaman yang aku
dah buat,” sambungnya.
“Kau jangan bimbang, Wardiah. Aku akan minta Persatuan Amal
Kasih untuk membantu menyelesaikan masalah kau,” janji Aina.
“Terima kasih, Aina. Kaulah satu-satunya kawan aku,” dia
menjawab dengan rasa lega dan gembira jelas terlukis di wajahnya.
Azman bercadang untuk menjemput Rahim memberikan ceramah
kepada golongan belia berkenaan bahaya merempit berdasarkan
daripada pengalaman yang telah dilaluinya.
“Sebagai pengerusi persatuan belia aku memandang program
seumpama ini dapat mendatangkan impak yang besar. Ia bukan saja
menjadi pengisian utama sempena sambutan hari belia peringkat
kebangsaan yang akan diadakan pada minggu depan. Tapi yang paling
utama meningkatkan kesedaran di kalangan belia agar menjauhkan diri
daripada kegiatan yang tidak sihat itu,” Azman berkata dengan panjang
lebar.
180

