Page 184 - CAHAYA SUCI
P. 184

“Tapi  kau  yang  buat  ia  jadi  susah,”  tambahnya  lagi  dengan

                   merenung tajam wajah Aina.





                          “Bagi  aku  perkahwinan  tidak  boleh  dipandang  sebagai  satu

                   perkara yang mudah dalam hidup ini,” ucap Aina pula.




                          “Aku hormati pendirian kau, Aina,” angguknya.




                          “Tapi jawapannya mudah saja,” ucapnya lagi.




                          “Mudah  kata  kau?”  Aina  membalas  dengan  mengangkat  kepala


                   tinggi sedikit memandang muka Khairil.




                          “Ya!”  Sekali  lagi  dia  mengangguk-anggukkan  kepala  dengan

                   pantas.




                          “Baiklah!”  Begitu  juga  dengan  Aina  menyambut  apa  yang


                   dikatakan oleh Khairil itu dengan anggukkan.




                          “Aku suka mendengar apa yang kau maksudkan tu,” dia bersuara.




                          “Mungkin dia yang terbaik bagi kau berbanding dengan aku,” jelas

                   Khairil.



                                                            184
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189