Page 188 - CAHAYA SUCI
P. 188

Aina  memberitahu  yang  Sofia  telah  selamat  melahirkan  seorang

                   bayi  lelaki.  Datin  Ziela  turut  menyatakan  hasratnya  untuk  mengambil


                   Sofia bekerja. Bila dia selesai berpantang nanti.




                          Aina akan menyatakan hasrat Datin Ziela itu kepada Sofia. Tajuk


                   perbualan  mereka  kemudiannya  bertukar  apabila  Aina  bertanyakan

                   kepada Datin Ziela mengapa dia tidak berkahwin lagi setelah suaminya


                   meninggal dunia.




                          Kata Datin Ziela ramai juga lelaki dari kalangan ahli-ahli korporat

                   yang mengajaknya berkahwin.




                          Namun  kerana  rasa  cinta  yang  menebal  dan  mahu  menunaikan


                   wasiat  arwah  suaminya  agar  syarikat  terus  berjaya  dalam  bidang

                   perniagaan maka dia menolak lamaran mereka. Di kesempatan ini juga


                   Aina telah menceritakan nasib buruk yang telah menimpa diri Wardiah.




                          “Persatuan kita mesti bantu untuk menyelesaikan masalah kawan

                   awak tu,” ucap Datin Ziela.





                          “Sebab  itulah  saya  minta  pertolongan  daripada  Persatuan  Amal

                   Kasih. Nak harapkan gaji yang dia ada tak mampu dia nak bayar hutang

                   yang dia pinjam,” dia berkata.



                                                            188
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193