Page 193 - CAHAYA SUCI
P. 193
berhadapan dengan rumahnya. Masih lagi segar terbayang dalam
ingatannya betapa meriahnya suasana apabila setiap kali tiba musim
menuai.
Dengan hamparan sawah padi yang menguning dia bersama-sama
dengan arwah ayah, arwah ibu, adik-beradik dan seluruh penduduk
kampung bagaikan berpesat bekerja dengan memotong tangkai dan
membanting padi. Alangkah indahnya apabila dia mengenangkan
kembali zaman silam itu. Ibarat rama-rama yang berterbangan
menghiasi bingkai lukisan di dinding.
Namun kini semuanya tinggal menjadi kenangan dan keindahan
yang pernah dirasai dalam hidupnya itu tidak akan berulang kembali.
Lamunannya yang jauh melayang itu lantas terhenti apabila
isterinya muncul dari dapur sambil membawa juadah minum petang
yang diletakkan di dalam dulang berupa secawan air kopi dan sepinggan
goreng keledek. Dia kemudiannya lalu mempelawa suaminya untuk
menikmati hidangan yang disediakan.
“Abang seharusnya merasa bangga kerana ada orang yang mahu
memberi penghargaan terhadap apa yang abang lakukan selama ini,”
tegur Mak Bedah.
193

