Page 54 - CAHAYA SUCI
P. 54

Khairil  sebaliknya  hanya  mendiamkan  diri  saja.  Rahim

                   kemudiannya  lalu  menyarungkan  topi  keledar  di  kepalanya.  Dan


                   menghidupkan enjin motosikal. Pantas berlalu pergi dari situ.




                          Dari jendela kaca di bilik Datin Ziela jelas kelihatan cuaca cerah


                   memayungi seluruh bandar raya Kuala Lumpur. Yang dikelilingi dengan

                   bangunan-bangunan tinggi menjulang. Sehingga mencakar langit.




                          Kisah sedih yang menimpa ke atas diri Sofia lalu diceritakan oleh


                   Aina kepada Datin Ziela.




                          “Sungguh  malang  nasibnya  ….”  Datin  Ziela  mengeluarkan  nada

                   suara yang berbunyi lemah. Menghulurkan rasa simpati. Terhadap apa


                   yang telah terjadi. Ke atas diri Sofia.




                          “Syukurlah.  Kerana  dia  tidak  menggugurkan  kandungan  itu,”

                   celah Aina pula.




                          “Kita mesti bantu dia. Kita mesti beri dia semangat. Untuk terus


                   hidup,” ujar Datin Ziela.




                          “Saya nak ajak dia tinggal bersama dengan saya,” Aina berkata.





                                                             54
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59