Page 73 - CAHAYA SUCI
P. 73
BAB 18
Selesai sahaja mesyuarat ahli-ahli Persatuan Amal Kasih pun
beredar meninggalkan bilik mesyuarat yang terdapat di pejabat Datin
Ziela. Tinggal Aina dan Datin Ziela yang masih lagi berada dalam bilik.
“Ana!” panggil Datin Ziela.
“Ya, datin!” sahut Rohana dengan pantas.
“Ambil fail ni. Dan letakkan di atas meja saya.” Dia menyerahkan
fail mesyuarat Persatuan Amal Kasih kepada Rohana.
“Baik, datin!” Rohana mengangguk-anggukkan kepala. Dan pantas
menyambut fail yang dihulurkan oleh Datin Ziela itu.
“Pukul berapa temu janji saya dengan Encik Ali dari Syarikat
Kenanga Holdings Sdn. Bhd.?” tanyanya lagi pada Rohana.
“Pukul 2.30 petang, datin!” Rohana membalas.
“Baiklah!” angguk Datin Ziela.
73

