Page 75 - CAHAYA SUCI
P. 75
“Paling menyedihkan anak-anak menganggap ibu bapa sebagai
beban yang harus mereka tanggung apabila sudah tua.” Itulah sebabnya
kenapa mereka dihantar ke sana,” ucap Datin Ziela.
“Sekurang-kurangnya dengan lawatan persatuan kita nanti akan
menggembirakan hati mereka. Kerana mereka berasa dihargai oleh kita.
Walaupun kita bukan anak mereka,” tambahnya.
Aina kemudiannya memohon diri daripada Datin Ziela. Untuk
pulang semula ke pejabat. Bagi menyudahkan kerja-kerja yang belum
selesai.
Simon masih lagi berasa tidak puashati. Kerana kalah kepada
Jeffri. Dalam pertaruhan perlumbaan haram tempoh hari.
Dia lalu berjumpa dengan Jeffri. Untuk mengatur perlumbaan
antara Roy dan Rahim. Berserta dengan kawan-kawan mereka. Jeffri
mahu menebus kekalahannya.
“Aku terima cabaran kau!” Jeffri sebaliknya berkata.
“Kau beri hari dan tempat. Aku beri masa,” dia menambah.
75

