Page 79 - CAHAYA SUCI
P. 79

Perbualan  mereka  yang  rancak  serta-merta  terhenti.  Apabila

                   kedengaran  bunyi  telefon  bimbit  Wardiah.  Panggilan  daripada  kekasih


                   hatinya. Shahrul.




                          Dia  pantas  menjawab  panggilan  itu.  Aina  dan  Sofia  yang  tidak


                   mahu  mendengar  perbualan  antara  Wardiah  dengan  kekasihnya  lalu

                   mengalihkan  pandangan  ke  arah  rancangan  hiburan.  Yang  sedang


                   disiarkan di kaca televisyen.




                          Di  atas  meja  terhidang  juadah  minum  petang.  Yang  disediakan

                   oleh Aina dan Sofia. Tiga cawan air Nescafe. Sepinggan jemput-jemput


                   ikan bilis. Yang dicicah dengan sos cili. Kedua-duanya masih panas lagi.




                          Memang enak mereka bertiga menikmatinya. Sambil berbual-bual

                   dan menonton televisyen.




                          “Kau  tahu?”  Wardiah  bersuara.  Selepas  bercakap  dengan  lelaki


                   pujaan hatinya. Melalui telefon bimbit.




                          Aina  yang asyik menonton rancangan  hiburan di kaca televisyen


                   lalu  berpaling  ke  arah  Wardiah.  Yang  nampak  untuk  memberitahu

                   perkara yang menggembirakan kepadanya.





                                                             79
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84