Page 80 - CAHAYA SUCI
P. 80

“Aku  ada  dua  berita  gembira  yang  nak  beritahu  kau,”  ujarnya

                   pada Aina. Rasa keriangan jelas kelihatan di wajah Wardiah.





                          “Apa  dia?”  Aina  menyoal  dan  mengangkat  kepala  tinggi  sedikit.

                   Memandang muka Wardiah.




                          “Boleh aku dengar bersama dengan Sofia!” tambahnya lagi. Sambil


                   mengangguk-anggukkan kepala.




                          Sofia  sebaliknya  hanya  mendiamkan  diri  saja.  Dan  melihat

                   rancangan hiburan. Yang sedang disiarkan di kaca televisyen.




                          “Pertama, aku dan Shahrul nak kahwin,” terangnya.




                          “Tahniah!” celah Aina pula dengan pantas.




                          “Aku gembira mendengarnya. Kedua apa pulak?” ulangnya lagi.




                          “Kedua, dia nak buka perniagaan,” jelasnya pada Aina.





                          “Eloklah  tu.  Tentu  dia  banyak  duit.  Sampai  nak  buka  syarikat

                   sendiri,” Aina membalas.





                                                             80
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85