Page 111 - JALAN PULANG
P. 111

“Katanya dekat dengan kawasan bandar,” balas Pak Sudin.




                          “Dia nak bangunkan apa di kampung ni, ayah?” tanya Adnan lagi


                   dengan  penuh  minat  sambil  mengangkat  kepala  tinggi  sedikit  melihat

                   wajah ayahnya.




                          “Nak  buat  kawasan  pelancongan,”  ucap  Pak  Sudin  yang  duduk


                   bersela.  Dia  kemudiannya  lalu  menyucuhkan  puntung  rokok  daun  ke

                   dalam bekas yang dibuat daripada tempurung kelapa. Air kopi ‘o’ yang


                   suam itu pantas diteguknya habis.




                          “Orang kampung semua dah setuju ke pindah, bang?” Mak Bedah

                   yang duduk di sebelah Pak Sudin lalu mencelah.




                          “Ini yang timbul masalah sekarang ni. Orang kampung dah pecah


                   dua.  Ada  yang  setuju  pindah  dan  ada  yang  berkeras  tidak  mahu

                   pindah,” jelas Pak Sudin.




                          “Sampai  begitu  sekali,  ayah!”  Adnan  berasa  sungguh  terperanjat


                   apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut ayahnya itu.




                          “Kampung ni dah tak macam dulu lagi, Adnan. Sejak orang kaya

                   dari bandar tu datang nak buat pembangunan di kampung ni …,” Pak





                                                             111
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116