Page 107 - JALAN PULANG
P. 107

“Sudahlah  tu,  ayah.  Yang  lepas  tu  lepaslah.  Ayah  dan  mak

                   seharusnya  berbangga.  Maizan  lulus  dengan  cemerlang  dan  masuk


                   universiti. Ayah percayalah. Apa yang ayah buat selama ini Maizan tak


                   pernah ambil hati. Malahan Maizan jadikannya sebagai cabaran untuk

                   berjaya.  Terima  kasih  ayah,  mak.”  Dia  mencium  tangan  ayah  dan


                   ibunya.




                          “Betul  kata  Maizan  tu,  bang.  Dahlah.  Macam  mana  baik  dan

                   buruknya  Minhat  dan  Maizan  mereka  tetap  anak  kita,”  ibunya


                   mencelah. Ayahnya memandang wajah Maizan dengan rasa penuh kasih

                   sayang.




                          “Maizan  …!”  Ayahnya  terus  memeluk  erat  Maizan  sambil


                   menangis.




                          “Ayah  …!”  Maizan  turut  memeluk  ayahnya  kuat.  Tanpa  disedari

                   titis-titis  air  mata  menitis  membasahi  pipinya  sambil  disaksikan  oleh


                   ibunya yang kelihatan menangis sama.




                          Dengan  renungan  yang  tajam  sambil  memeluk  erat  tubuh  dia


                   melontarkan  pandangan  sejauh-jauhnya  ke  arah  bangunan-bangunan

                   batu  yang  jelas  di  pandangan  mata.  Kemudian  perlahan-lahan  dia

                   menarik nafas panjang dan mengatur langkah berlalu pergi dari jendela





                                                             107
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112