Page 110 - JALAN PULANG
P. 110

“Orang kaya dari bandar tu nak buat pembangunan di kampung

                   ni.  Minggu  lepas  dia  ada  buat  perjumpaan  dengan  orang-orang


                   kampung. Katanya orang-orang kampung akan dipindahkan ke tempat


                   yang baru …,” Pak Sudin bersuara lemah dan tak bermaya. Nada suara

                   yang dikeluarkannya itu jelas menagih simpati daripada anaknya yang


                   masih lagi belajar di universiti dalam tahun akhir.




                          Adnan pantas mengalihkan pandangannya ke arah ayahnya yang

                   telah  tua  itu.  Rambut  dipenuhi  uban  dan  kedut  jelas  kelihatan  pada


                   kulitnya. Pak Sudin terbatuk-batuk kecil sambil menghisap rokok daun.

                   Adnan  kemudiannya  perlahan-lahan  beredar  dari  jendela  dan


                   melabuhkan punggungnya di atas tikar mengkuang duduk berhadapan

                   dengan ayah dan ibunya.




                          “Bila dia suruh kita pindah, bang?” sampuk Mak Bedah tiba-tiba


                   sambil memandang tepat wajah suaminya. Pak Sudin sebaliknya hanya

                   tunduk menggeleng-gelengkan kepala dan menyedut rokok daun. Asap


                   memutih kelihatan berkepul-kepul naik ke atas.




                          “Tak  tahulah.  Tapi  dia  kata  siap  aje  rumah  di  tempat  baru  tu


                   nanti barulah orang-orang kampung pindah,” Pak Sudin menjawab.



                           “Tempat baru tu kat mana, ayah?” soal Adnan pula.





                                                             110
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115